Berdasarkan tajuk kajian huraikan kekuatan pengajaran subjek perdagangan dan sains berdasarkan pengalaman/refleksi:

Refleksi Individu:

Subjek sains dan perdagangan merupakan dua subjek yang banyak kaitan dan sentiasa berhubung dengan kehidupan seharian manusia. Jadi banyak kaedah permainan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk-tajuk yang sesuai. Kaedah permainan yang digunakan juga dapat membuka mata para pelajar tentang konsep sains yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian.

Refleksi Kumpulan

Setelah perbincangan dibuat dalam kumpulan, kami dapati kaedah permainan ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu topik. Jika dilihat daripada pengalaman melakukan micro teaching menggunakan kaedah permainan untuk pengajaran subjek perdagangan, rakan-rakan yang bertindak sebagai pelajar juga dilihat menunjukkan minat dalam melaksanakan tugasan yang diberikan guru (pelajar yang melakukan micro teaching) jika menggunakan kaedah permainan berbanding kaedah penerangan semata-mata. Guru perlu kreatif dalam mencipta permainan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran topik supaya objektif pengajaran tercapai dan pelajar mendapat manfaat daripada kaedah permainan yang digunakan oleh guru.

Selain itu semasa kaedah permainan dijalankan di dalam kelas guru dapat meningkatkan interaksi di antara pelajar-pelajar dan kolaborasi akan meningkatkan. Apabila unsur permainan dan persaingan diterapkan , pembelajaran aktif dan interaksi sosial akan berlaku.


Refleksi rakan-rakan luar kumpulan

Melalui hasil temubual dengan rakan berkenaan penggunaan kaedah ini, mereka bersetuju jika kaedah permainan digunakan dalam pengajaran kerana pada pendapat mereka kaedah ini dapat menguji kreativiti pelajar tetapi dalam masa yang sama pelajar dapat belajar dengan seronok dan lebih mengingati topik pembelajaran dengan mudah kerana dapat mengaitkan isi pengajaran dengan permainan yang mereka lakukan.





Tajuk Buku:
CURRICULUM ACTION RESEARCH: A HANDBOOK OF METHODS AND RESOURCES FOR THE REFLECTIVE PRACTITIONER (2ND EDITION)

Penulis:
JAMES McKERNAN

Apa yang Di Maksudkan dengan Kajian Tindakan:

Kajian tindakan merupakan satu usaha untuk menjadikan permasalahan sosial mampu difahami untuk meningkatkan kualiti hidup dalam setting sosial. Kajian tindakan telah digunakan dalam industri, pendidikan dan setting tingkah laku komuniti untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi setiap hari yang dilalui. (Clark, 1976; McKernan 1988)

Kajian Tindakan merupakan inkuiri reflektif kendiri secara sistematik oleh pengkaji untuk meningkatkan praktis


Kenapa Guru Melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan untuk meningkatkan kemahiran dan praktis berkaitan kurikulum yang terlibat. Apabila guru menjalankan kajian tindakan, pemahaman guru terhadap sesuatu permasalahan yang timbul menjadi lebih mendalam. Guru yang menjalankan kajian tindakan secara kolaboratif juga dapat menyumbang kepakaran masing-masing sebagai satu kumpulan sepanjang proses dijalankan. Guru melakukan kajian tindakan bagi menelesaikan masalah yang dihadapi setiap hari


Di Mana Guru Melakukan Kajian Tindakan

Guru melakukan kajian tindakan di
1. sekitar kawasan sekolah
2. di dalam kelas


Prosedur Kajian Tindakan
1. mengenal pasti masalah
2. merancang
3. bertindak
4. membuat pemerhatian
5. mereflek


Pengumpulan Data

Pengumpulan data dijalankan secara pemerhatian. Terdapat beberapa teknik berstruktur untuk pemerhatian iaitu, checklist (senarai semak) dan skala. Senarai semak ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kehadiran atau kekurangan sesuatu perkara. Data juga boleh dikumpulkan secara anecdotal record yang bermaksud rekod catatan ringkas sebaik sahaja sesuatu peristiwa itu berlalu. Kaedah Jurnal Dialog turut digunakan iaitu pelajar menulis sesuatu berkenaan pengajaran guru termasuk komen. Selain itu, pengkaji boleh menggunakan fotografi, rakaman dengan menggunakan video, dan rakaman audio atau suara. Pengkaji juga boleh menggunakan kaedah wawancara, maklum balas dan kaji selidik untuk mendapatkan data.


Analisis Data

Proses analisis data dimulakan dengan menyunting data-data yang diperoleh. Analisis data boleh dijalankan secara perbincangan kumpulan. Semasa analisis ini dijalankan, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah perlu memastikan kesemua dokumen dan data-data yang diperoleh. Bagi mengkelasifikasikan dan mengkategorikan data, ia dilakukan dengan mengkodkan data. Ia sesuai untuk data qualitative.

Peringkat kedua dalam analisis data ialah denagn memaparkan data dalam bentuk jadual kekerapan. Hasil daripada jadual kekerapan ini, data yang diperoleh boleh dibangunkan secara lebih sistematik. Terdapt juga software komputer yang boelh digunakan termasuk SPSS.

Akhir sekali ialah membuat kesimpulan berdasarkan hasil analisis yang dibuat.


Etika Kajian Tindakan

1. Semua yang terlibat dalam kajian tindakan yang dibuat mempunyai hak untuk diberi taklimat, diberi nasihat berkenaan dengan kajian.
2. Mesti mendapat kebenaran daripada ibubapa, pentadbiran dan semua yang terlibat.
3. Semua bukti-bukti dokumentari seperti fail, hasil kaji selidik dan sebagainya tidak boleh diperiksa kecuali mendapat kebenaran
4. Syarat-syarat penerbitan hendaklah sentiasa dipatuhi
5. pengkaji bertanggungjawab untuk merekodkan projek dan memastikan ianya berniali untuk peserta dan komuniti yang terlibat
6. Pengkaji adalah bertanggungjawab untuk terhadap komuniti sekolah yang terlibat
7. Pengkaji bertanggungjawab untuk melaporkan perkemabnagan kajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan
8. Kajian mestilah tidak mendatangkan bahaya terhadap mental dan fizikal subjek yang dikaji
9. Pengkaji mempunyai hak untuk melaporkan projek secara telus
10. Pengkaji mempunyai hak untuk meletakkan nama dalam penerbitan hasil daripada projek yang dijalankan.

Tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami :
KAEDAH PERMAINAN DALAM PENGAJARAN SUBJEK PERDAGANGAN DAN SAINS

Model-model kajian tindakan

Model McKernan


Terdapat dua kitaran dalam model McKernan. Kitaran pertama merupakan percubaan untuk pengkaji mengenal pasti situasi dan masalah untuk proses penambah baikan. Daripada kajian kitaran pertama ini ianya dapat menghasilkan idea yang strategik. Kesan daripada kitaran pertama, dibangunkan perancanagn keseluruhan daripada menetapkan dan mensprsifikasikan sasaran dan peraturan yang diperlukan, membuat penilaian dengan memahami perkara-perkara penting dalam kitaran pertama, dan melakukan refleksi.
Daripada langkah ini, dibentuk kitaran yang kedua yang dibentuk dengan definisi situasi yang ditambah baik dan masalah-masalah yang berlaku dalam kitaran pertama diperbaiki.

Model Lewin : Merancang, mencari fakta, pelaksanaan.

Langkah pertama ialah merancang. Proses ini bermula dengan idea secara general atau masalah yang perlukan penyelesaian. Kemudian ianya diikuti dengan pencarian fakta atau reconnaissance yang menghasilkan rancangan keseluruhan bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang timbul. Akhirnya, setelah selesai proses mencari fakta selesai, kajian diteruskan dengan fasa pelaksanaan.

Model Kemmis

Model ini menekankan dan memberi penekanan kepada tinjauan praktis yang menghalangi objektif daripada tercapai. Model ini juga memberi penekanan kepada penyediaan pengkaji dengan kemahiran analitikal dan konseptual untuk bebaskan daripada sebarang pergantungan kepada perkara lain.

JURNAL

Tajuk 1:

UNDERSTANDING OUR LEARNERES AND DEVELOPING REFLEKTIVE PRACTICE: CONDUCTING ACTION RESEARCH WITH ENGLISH LANGUAGE LEARNERS
By Patience A. Sowa

Sumber: ScinceDirect

Abstrak:

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk menilai bagaimana projek kajian tindakan dapat dapat digunakan untuk membantu guru Bahasa Inggeris dalam menjalankan tindakan reflektif. Membuat tinjauan, projek kajian tindakan dijalankan dengan pelajar Bahasa Inggeris dan kertas refleksi sebagai data. Kajian ini meneroka kenyataan dan ucapan guru berkenaan impak kerja kursus dan projek dalam pengajaran mereka dan keyakinan mereka terhadap pengajaran Bahasa Inggeris. Pelajar menyatakan mereka lebih reflektif dan yakin tentang pengajaran.



Tajuk 2:

USING ACTION RESEARCH TO IMPROVE TEACHING AND STUDENT LEARNING IN COLLEGE
By C. Dianne Raubenheimer and Jennifer L.Myka

Abstrak:

Pendekatan Kajian Tindakan telah digunakan untuk mengkaji ulangkaji yang dijalankan untuk mencorakkan dan penghantaran seksyen makmal zoology. Ini kerana, kajian tindakan melibatkan kitaran literatif merancang, bertindak, meninjau dan mereflek. Kami mengkaji satu siri soalan kajian. Di sini kami melaporkan dalam tiga kitaran.


Tajuk 3:

THE ROCKY ROAD OF TEACHERS BECOMING ACTION RESEARCHERS
By Mary Christenson, Ruslan Slutsky, Shirley Bendau, Julia Covert, Jennifer Dyer, Georgene Risko, Marilyn Johnston.

Sumber: ScienceDirect

Abstrak:

Kajian yang dijalankan ini menerangkan projek kajian tindakan yang dijalankan dalam bidang pengajian berkenaan kajian tindakan. Lapan pelajar bergelar doktor dan professor terlibat. Kami menjalankan kajian ini untuk mendemonstrasikan aspek kajian tindakan dan membuat kajian kami sebagai satu contoh methodologi kajian tindakan. Kami berkongsi proposal, strategi pengumpulan data, dan analisis data dengan pelajar. Dua tujuan kajian tindakan ini dijalankan iaitu membantu kami mempelajari pengajaran kami sendiri dan mendemonstrasikan kajian tindakan terhadap pelajar kami sendiri sementara mereka membentuk proposal kajian tindakan mereka sendiri.


Tajuk 4:

LEVELS OF REFLECTION IN ACTION RESEARCH. AN OVERVIEW AND AN ASSESSMENT TOOL
By: Mervat Abou Baker El-Dib

Abstrak

Dalam jurnal ini pengkaji ingin mengenalpasti tahap pemikiran reflektif bakal guru yang dipamerkan dalam kajian tindakan yang dilakukan semasa menjalani latihan mengajar serta mengetahui tahap pemikiran reflektif bakal guru terhadap situasi yang berlaku. Bagi mengukur tahap pemikiran reflektif tersebut pengkaji menggunakan pendekatan perbincangan jurnal di dalam kuliah sebelum bakal guru membuat latihan mengajar.


Tajuk 5:

IMPROVEMENT OF OFF-TASK BEHAVIOR OF ELEMENTARY AND HIGH SCHOOL STUDENTS THROUGH THE USE OF COOPERATIVE LEARNING STRATEGIES.
By: Rebecca Pate-Clevenger, Jennifer Dusing, Phyllis Houck & John Zuber.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan masalah sikap pelajar di dalam bilik darjah iaitu sikap malas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Satu kaedah yang digunakan oleh penyelidik adalah dengan menggunakan pengajaran kooperatif. Di akhir kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini sangat berkesan kerana pelajar mula menunjukkan perubahan sikap malah dapat meningkatkan skill komunikasi antara pelajar dan guru.


Tajuk 6:

AN ACTION RESEARCH EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOISE AND ARTSU ACTIVITIES IN A SIXTH GRADE SOCIAL STUDIES CLASSROOM.
By Courtney Kosky, West Virginia University and Reagan Curtis, west Virginia University

Abstrak

Kajian tindakan menjamin untuk mencari bagaimana mengintegrasikan Seni dalam pendidikan sosial boleh meningkatkan penglibatan dan motivasi dan impak pencapaian pelajar melalui peningkatan motivasi dan penglibatan. Rancangan pengajaran awal menekankan kebijaksanaan semasa mengintegrasikan aktiviti kesenian dan diubahsuai berdasarkan nota refleksi guru dan maklumbalas. Kami mendapati memberi pelajar contoh dalam aktiviti yang memberikan impak yang paling berkesan dalam motivasi dan penglibatan mereka. Ramai pelajar pengajian sosial memberi respon dalam integrasikan aktiviti kesenian dan pilihan pelajar.

Apa itu kajian Tindakan?

CURRICULUM ACTION RESEARCH: A HANDBOOK OF METHODS AND RESOURCES FOR THE REFLECTIVE PRACTITIONER 2ND EDITION
BY JAMES MCKERNAN

Kajian tindakan merupakan satu usaha untuk menjadikan permasalahan sosial mampu difahami untuk meningkatkan kualiti hidup dalam setting sosial. Kajian tindakan telah digunakan dalam industri, pendidikan dan setting tingkah laku komunit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi setiap hari yang dilalui.

A HANDBOOK FOR TEACHER RESEARCH : FROM DESIGN TO IMPLEMENTATION
BY COLIN LANKSHEAR & MICHELE KNOBEL

Kajian tindakan adalah inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh guru dalam situasi pengajarannya sebagai penyelidik melalui tindakan praktik yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan amalan sedia ada, di samping meningkatkan kefahaman tentang amalan tersebut.

ACTION RESEARCH IN TEACHING & LEARNING BY LIN S.NORTON

Di dalam kajian tindakan pedagogi memerlukan masa, komitmen dan bahan di dalam melaksanakan kajian dengan berkesan. Mengikut penulis ini, kajian tindakan adalah kajian atau satu inkuiri yang sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan gabungan beberapa matlamat untuk memperbaiki latihan dan menyumbangkan teori pengetahuan untuk menjadikan pengajaran berkesan.

Kajian tindakan adalah membuat refleksi ke atas kaedah pengajaran yang berbentuk renungan kendiri yang bertujuan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam pendidikan dan juga konteks sosial.

MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN EMPAT BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM (TAJUK : ZIKRULLAH PENGUBAT HATI) DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD

Pembentang: Mohd Hafiz Bin Hassan dan Mohd Hairol Hafifi Bin Hussin

PERSOALAN KAJIAN

1) Apakah tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?

2) Apakah kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?

3) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?

METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL KAJIAN.

Metodologi

Ianya melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi

Setting kajian

• Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu selama 70 minit.bagi tajuk Zikrullah Pengubat Hati

Sampel kajian

• Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam.

PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN MAKLUMAT

• Pengumpulan data kualitatif dibuat melalui pemerhatian di dalam kelas dan penggunaan instrumen kajian iaitu rakaman video yang telah dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
• Data juga diperoleh dengan penyoalan dan pengesanan.
• Penilaian dibuat dengan membezakan markah peperiksaan petengahan tahun dan akhir tahun.

IMPLIKASI KAJIAN


• Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses P&P yang akan diajar oleh guru selanjutnya.
• Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.
• Pendekatan diubah daripada pengajaran guru yang berkonsep tradisional diganti dengan penggunaan multimedia.
• Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun

APA YANG DAPAT DIPELAJARI

• Kepentingan bahan maujud di dalam P&P
• Kepentingan melibatkan keseluruhan pelajar untuk aktif di dalam kelas
• Untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek ada kaedah tertentu yang sesuai.