Jurnal 1

Tajuk: Understanding our learners and developing reflective practice: Conducting action research with English language learners
Penulis: Patience A. Sowa

Tujuan

Mengkaji bagaimanakah cara kajian tindakan dapat membantu guru dalam pengajaran Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak pelbagai latar belakang dan memberi peluang kepada mereka untuk lebih reflektif terhadap pengajaran mereka.

Pernyataan masalah

Mengenalpasti apakah langkah dan amalan terbaik dalam pengajaran bagi memastikan para pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang untuk lebih mudah memahami bahasa Inggeris

Mengenal pasti program pendidikan yang sesuai untuk menyediakan guru terlatih yang boleh bersosial dengan budaya kanak-kanak yang berlainan latar belakang.


Sampel kajian

Melibatkan enam orang graduan yang mengajar Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman mengajar yang berbeza. Kesemua mereka tidak mempunyai kelayakan mengajar bahasa Inggeris.

Setting kajian.

Kajian ini dijalankan selama satu semester untuk kelas di Universiti Mid-Western.

Semua graduan ini sedang mengajar di sekolah-sekolah di Bandar MidWestern termasuk tadika.


Prosedur Kajian Tindakan

Kajian tindakan ini menggunakan kaedah soalan. Soalan-soalan yang ditanyakan adalah:

  1. Apakah cara yang digunakan semasa membuat kajian tindakan yang dapat menolong guru belajar mengenai pengajaran bahasa kepada pelajar yang berlainan?
  2. Apakah yang guru belajar mengenai amalan mereka di dalam kertas kerja dan semasa menjalankan projek kajian tindakan?

Pengumpulan Data

Kajian ini berbentuk kualitatif. Data diperoleh dengan menjalankan kaji selidik dan kertas refleksi berdasarkan kepada projek, kajian tindakan, kertas kerja professional dan juga tinjauan. Terdapat enam soalan jenis soalan jenis terbuka di dalam tinjauan yang dibuat pada akhir semester.


Analisis data

Analisis data dibuat dengan mengkodkan data dan dianalisis berdasarkan corak dan tema berdasarkan persoalan kajian. Setiap data yang diperoleh daripada enam orang pelajar ini di analisis dan di integrasikan. Untuk mengtriangulate hasil yang diperoleh dibincangkan dengan pensyarah dan dibentangkan kepada tiga orang pensyarah lain untuk pengesahan.



JURNAL 2:
Tajuk : Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College
Penulis : C Dianne Raubenheimer andJennifer L. Myka


Kajian Tindakan Yang Dilakukan:
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat rekabentuk dan penyampaian pelajar di dalam makmal sains melalui matapelajaran sains.

Pernyataan Masalah:
Pelajar-pelajar mempunyai pengalaman yang lebih tinggi serta didorong oleh tumpuan yang boleh mengakibatkan kadar pemikiran yang lebih tinggi terhadap sains.

Sample Kajian:
Melibatkan guru dan pelajar

Setting Kajian:
Kajian ini dijalankan di Makmal Zoologi (Kolej)

Prosedur Kajian:
-Prosedur diterangkan dengan jelas melibatkan tiga kitaran

-Kitaran pertama melibatkan lima langkah iaitu mengenal pasti masalah, merancang, bertindak, memerhati, menilai dan mereflek.

- Kitaran kedua dan ketiga melibatkan empat langkah sahaja iaitu merancang, bertindak, memerhati, menilai dan mereflek.

-Kitaran ini berlaku secara berterusan.


Pengumpulan dan Penganalisis Data:

- Pengumpulan data dijalankan melalui pemerhatian
- berdasarkan jurnal ini, analisis data yang digunakan ialah Taxonomy Bloom's dalam menggunakan makmal di kalangan pelajar iaitu pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.


Rumusan:
Jurnal ini membincangkan tentang kaedah memperbaiki strategi pengajaran untuk mempertingkatkan pembelajaran pelajar dalam penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej. Kajian ini menggunakan proses kitaran kajian tindakan yang mudah difahami dikenali sebagai "Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan". Proses ini merupakan proses yang lengkap melibatkan 3 kitaran yang berterusan sehingga objektif yang dikehendaki dalam kajian tersebut tercapai. Selain itu, untuk penambahbaikan proses pengajaran, perlulah kepada fikiran baru dalam pembelajaran pelajar dan penggunaan strategi pengajaran yang baru.


JURNAL 3:
Tajuk : The rocky road of teachers becoming action researchers.

Penulis : Georgene Risko, Marilyn Johnston.


Kajian Tindakan Yang Dilakukan:
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat rekabentuk dan penyampaian pelajar di dalam makmal sains melalui matapelajaran sains.

Pernyataan Masalah:
Bagaimana kelas kajian tindakan yang dijalankan secara kolaboratif mengubah tanggapan pelajar dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap subjek kajian tindakan?


Sample Kajian:
Melibatkan pengajar subjek kajian tindakan dan pelajar kelas kajian tindakan.
Terdapat 32 pelajar didalam kelas tersebut dan dilakukan oleh seorang pensyarah dengan dibantu oleh 8 orang pelajar master.


Setting Kajian:
Kajian ini dijalankan di kelas kajian tindakan di Ohio State University selama dua tahun.


Prosedur Kajian:
Kajian dijalankan secara kolaborasi melibatkan pembentukan kumpulan besar (melibatkan perjumpaan kumpulan mini-kuliah dan perbincangan) dan kumpulan kecil ( pelajar bekerja di dalam satu kumpulan kecil diketuai oleh doktoral student)

-Dibuat servey awal terhadap 32 pelajar pandangan mereka tentang kajian tindakan.

Pengumpulan data

1. pre-post survey

2. Reflective journal yang ditulis oleh pelajar

3. Kajian kes yang ditulis oleh c0-instructors

4. Nota tinjauan and Book Clubs

Book Club: Pelajar memilih buku yang sana dalam satu kumpulan

5. Video dan audio tape of group

Penganalisis Data:

Analisis data dalam bentuk jadual

Membuat kategori-kategori dan pengkodan tertentu

Perbincangan


Rumusan:
Jurnal ini mengkaji pelaksanaan yang baru diperkenalkan di dalam kelas kajian tindakan yang menggunakan kaedah kolaborasi yang berjaya mengubah tanggapan dan pemahaman para pelajar tentang kajian tindakan. Kajian ini dimulakan dengan pre-servay(tinjauan awal) pendapat pelajar tentang kajian tindakan dan selepas beberapa kelas, perbincangan dan tugasan yang dijalankan dibuat post survay (tinjauan semula) pandangan mereka tentang kajian tindakan. Selepas mereka tamat belajar dan mula memasuki alam pekerjaan, pensyarah masih menghubungi pelajar, hanya dua orang yang menjalankan kajian tindakan selepas 6 bulan.


TEORI-TEORI, STRATEGI, KAEDAH YANG BOLEH DIADAPTASI BAGI SETIAP MASALAH

KAEDAH PERMAINAN

Definisi
Strategi main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Melalui kaedah ini pelajar akan mencari pengetahuan dengan keadah permainan.

Ciri-ciri

  • Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah manupulatif, fizikal dan permainan bahasa.
  • Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
  • Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani dimana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan dan kemahiran fizikal.
  • Permainan bahasa dimana aktiviti bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.

Kebaikan

  • Merangsang motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.
  • Mengembangkan daya imaginasi untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah.

Mengikut Vygostsky (1967)

“main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk membentuk melalui penggunaan symbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukkan ini. Main juga memberi kebebasan kepada murid untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini murid dapat mengawal situasi dan menyesuaikan dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.” (Spodek et al.1987, p.181)


Mengikut Jerome Singer (Spodek, 1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam pemainan, murid meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.


Imam Al-Ghazali (Haggan Langgulung, 1979) berpendapat menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain murid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada pekembangan murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran umum kepada yang lebid spesifik.


Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif serta bersosialisasi dengan org lain. Selain itu, pendekatan ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan diharap murid dapat melahirkan dan menyatakan perasaan sendiri.

Tujuan kajian tindakan tentang kaedah permainan:


Pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian penting kerana dapat membantu tahap pemahaman pelajar dalam matapelajaran tersebut dan juga menarik perhatian pelajar. Apa yang boleh dilihat pada masa sekarang, kaedah pengajaran berpusatkan kepada guru di mana pelajar bertindak sebagai pemerhati masih banyak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding kaedah berpusatkan pelajar mengikut persepsi pelajar. Penggunaan kaedah kuliah yang lebih berpusatkan guru semasa pengajaran dan pembelajaran didapati tidak dapat menarik minat pelajar di dalam kelas. Pelajar didapati kurang berminat untuk membaca dan sukar memahami subjek Perdagangan dan Sains. Oleh itu, satu kaedah yang dapat menarik perhatian pelajar untuk bergiat aktif di dalam kelas perlu dilaksanakan. Kaedah permainan dilihat sebagai satu kaedah yang dapat menarik minat pelajar dan dalam masa yang sama membentuk perkembangan kognitif dan psikomotor.

Jurnal 1

UNDERSTANDING OUR LEARNERES AND DEVELOPING REFLEKTIVE PRACTICE: CONDUCTING ACTION RESEARCH WITH ENGLISH LANGUAGE LEARNERS
By Patience A. Sowa

Mengkaji bagaimanakah cara kajian tindakan dapat membantu bakal guru dalam pengajaran Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak pelbagai latar belakang dan memberi peluang kepada mereka untuk lebih reflektif terhadap pengajaran mereka.

Pernyataan masalah

Mengenalpasti apakah langkah terbaik dalam memastikan para pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang untuk lebih mudah memahami bahasa Inggeris

Mengenal pasti program pendidikan yang sesuai untuk menyediakan guru terlatih yang boleh bersosial dengan budaya kanak-kanak yang berlainan latar belakang.


Jurnal 2

USING ACTION RESEARCH TO IMPROVE TEACHING AND STUDENT LEARNING IN COLLEGE
By C. Dianne Raubenheimer and Jennifer L.Myka

Tujuan

Meningkatkan kualiti penyampaian dan membangunkan dana pendidikan dalam P n P.


Pernyataan Masalah

1. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa pembelajaran dijalankan di dalam makmal dan bagaimana meningkatkannya.

2. Adakah dengan mereka bentuk semula format pembelajaran di dalam makmal boleh mengubah keadaan P & P di dalam makmal.


Jurnal 3

THE ROCKY ROAD OF TEACHERS BECOMING ACTION RESEARCHERS
By Mary Christenson, Ruslan Slutsky, Shirley Bendau, Julia Covert, Jennifer Dyer, Georgene Risko, Marilyn Johnston.

Tujuan

Mengenal pasti bagaimana subjek kajian tindakan yang diambil oleh pelajar dapat mempengaruhi tingkah laku dan kefahaman pelajar dan melakukan kajian


Pernyataan masalah

1. Bagaimana guru berfikir tentang guru sebagai pengkaji dan kajian itu sendiri.
2. apakah bentuk perubahan dalam kefahaman guru setelah di dedahkan dengan kaedah pembelajaran berasaskan bilik darjah?
3. Bagaimana belajar secara sendiri mempengaruhi pengajar kepada guru-guru di dalam kelas?

Pada permulaan kajian tindakan dijalankan, pengkaji mesti mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapakan. Langkah penting di peringkat awal kajian tindakan dijalankan ialah mengenal pasti masalah yang akan dikaji.

Persoalan yang boleh dilontarkan ialah:

1. Apakah isu yang dibangkitkan oleh kajian yang dijalankan?
2. Bagaimana kajian membantu seseorang mengetahui berkenaan dengan kurikulum?
3. Apakah impak yang boleh didapati dari segi praktikal pada masa akan datang?

Berdasarkan buku yang dikaji juga menerangkan bahawa permasalahan kajian:

1. boleh digunakan untuk meningkatkan situasi permasalahan sosial
2. boleh meningkatkan pemahaman personal pengkaji.
3. menerangkan persekitaran sosial pengkaji

Dalam mengenal pasti masalah kajian tindakan, permasalahan yang dikaji itu dilalui sendiri oleh pengkaji dan ianya mampu diselesaikan dengan tindakan secara praktikal. Kajian Tindakan yang dijalankan akan menceritakan situasi sebenar dari awal dan punca ianya berlaku sehingga ianya selesai.

KAEDAH PERMAINAN DALAM PENGAJARAN SUBJEK PERDAGANGAN DAN SAINS

Matlamat Kajian
Menarik minat dan perhatian pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek perdagangan dan sains.

Objektif Kajian
1.Mengubah amalan guru dalam pengajaran perdagangan dan sains secara kuliah kepada kaedah permainan
2.Meneroka dan menilai pengaplikasian kaedah permainan dalam topik pengajaran perdagangan dan sains

Persoalan Kajian
1.Adakah kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam pembelajaran subjek perdagangan dan sains?
2.Adakah kaedah permainan akan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar untuk menguasai topik pembelajaran berdasarkan objektif dan isi pengajaran yang disampaikan oleh guru?

Berdasarkan tajuk kajian huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :

Cadangan Individu
Pada pendapat saya kaedah permainan yang digunakan perlu melibatkan satu kumpulan pelajar yang ramai dan memastikan semua pelajar dilibatkan secara aktif.. Permainan yang dipilih juga mestilah sesuai dengan minat majoriti pelajar dan tahap pencapaian dan pemikiran pelajar di dalam sesebuah kelas. Kaedah permainan yang dijalankan juga perlu berubah-ubah sama ada dengan pendekatan berkumpulan atau individu.

Cadangan Kumpulan
Melalui perbincangan dalam kumpulan kami mencadangkan guru untuk membuat modul berkaitan dengan kaedah permainan mengikut topik dalam sukatan mata pelajaran perdagangan dan sains yang boleh diaplikasikan supaya dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam matapelajaran tersebut. Melalui modul yang dibuat guru dapat merujuk kaedah permainan yang sesuai dan diubah mengikut kesesuaian umur, tahap pemikiran dan keupayaan pelajar.

Cadangan rakan-rakan luar pasukan
Rakan-rakan daripada pasukan luar memberi cadangan bahawa guru perlu mencuba pelbagai kaedah permainan supaya dapat dipelbagaikan dengan topik pengajaran. Ini bagi mengelakkan pelajar bosan dengan permainan yang sama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui kepelbagaian kaedah permainan guru dapat melihat kecenderungan pelajar dalam jenis permainan yang dapat menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman mereka.