Berdasarkan tajuk kajian huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :

Cadangan Individu
Pada pendapat saya kaedah permainan yang digunakan perlu melibatkan satu kumpulan pelajar yang ramai dan memastikan semua pelajar dilibatkan secara aktif.. Permainan yang dipilih juga mestilah sesuai dengan minat majoriti pelajar dan tahap pencapaian dan pemikiran pelajar di dalam sesebuah kelas. Kaedah permainan yang dijalankan juga perlu berubah-ubah sama ada dengan pendekatan berkumpulan atau individu.

Cadangan Kumpulan
Melalui perbincangan dalam kumpulan kami mencadangkan guru untuk membuat modul berkaitan dengan kaedah permainan mengikut topik dalam sukatan mata pelajaran perdagangan dan sains yang boleh diaplikasikan supaya dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam matapelajaran tersebut. Melalui modul yang dibuat guru dapat merujuk kaedah permainan yang sesuai dan diubah mengikut kesesuaian umur, tahap pemikiran dan keupayaan pelajar.

Cadangan rakan-rakan luar pasukan
Rakan-rakan daripada pasukan luar memberi cadangan bahawa guru perlu mencuba pelbagai kaedah permainan supaya dapat dipelbagaikan dengan topik pengajaran. Ini bagi mengelakkan pelajar bosan dengan permainan yang sama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui kepelbagaian kaedah permainan guru dapat melihat kecenderungan pelajar dalam jenis permainan yang dapat menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman mereka.






0 comments:

Post a Comment