TEORI-TEORI, STRATEGI, KAEDAH YANG BOLEH DIADAPTASI BAGI SETIAP MASALAH

KAEDAH PERMAINAN

Definisi
Strategi main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Melalui kaedah ini pelajar akan mencari pengetahuan dengan keadah permainan.

Ciri-ciri

  • Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah manupulatif, fizikal dan permainan bahasa.
  • Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
  • Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani dimana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan dan kemahiran fizikal.
  • Permainan bahasa dimana aktiviti bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.

Kebaikan

  • Merangsang motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.
  • Mengembangkan daya imaginasi untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah.

Mengikut Vygostsky (1967)

“main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk membentuk melalui penggunaan symbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukkan ini. Main juga memberi kebebasan kepada murid untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini murid dapat mengawal situasi dan menyesuaikan dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.” (Spodek et al.1987, p.181)


Mengikut Jerome Singer (Spodek, 1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam pemainan, murid meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.


Imam Al-Ghazali (Haggan Langgulung, 1979) berpendapat menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain murid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada pekembangan murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran umum kepada yang lebid spesifik.


Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif serta bersosialisasi dengan org lain. Selain itu, pendekatan ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan diharap murid dapat melahirkan dan menyatakan perasaan sendiri.

0 comments:

Post a Comment