Pada permulaan kajian tindakan dijalankan, pengkaji mesti mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapakan. Langkah penting di peringkat awal kajian tindakan dijalankan ialah mengenal pasti masalah yang akan dikaji.

Persoalan yang boleh dilontarkan ialah:

1. Apakah isu yang dibangkitkan oleh kajian yang dijalankan?
2. Bagaimana kajian membantu seseorang mengetahui berkenaan dengan kurikulum?
3. Apakah impak yang boleh didapati dari segi praktikal pada masa akan datang?

Berdasarkan buku yang dikaji juga menerangkan bahawa permasalahan kajian:

1. boleh digunakan untuk meningkatkan situasi permasalahan sosial
2. boleh meningkatkan pemahaman personal pengkaji.
3. menerangkan persekitaran sosial pengkaji

Dalam mengenal pasti masalah kajian tindakan, permasalahan yang dikaji itu dilalui sendiri oleh pengkaji dan ianya mampu diselesaikan dengan tindakan secara praktikal. Kajian Tindakan yang dijalankan akan menceritakan situasi sebenar dari awal dan punca ianya berlaku sehingga ianya selesai.

0 comments:

Post a Comment