Berdasarkan tajuk kajian huraikan kekuatan pengajaran subjek perdagangan dan sains berdasarkan pengalaman/refleksi:
Refleksi Individu:
Subjek sains dan perdagangan merupakan dua subjek yang banyak kaitan dan sentiasa berhubung dengan kehidupan seharian manusia. Jadi banyak kaedah permainan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk-tajuk yang sesuai. Kaedah permainan yang digunakan juga dapat membuka mata para pelajar tentang konsep sains yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian.
Refleksi Kumpulan
Setelah perbincangan dibuat dalam kumpulan, kami dapati kaedah permainan ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu topik. Jika dilihat daripada pengalaman melakukan micro teaching menggunakan kaedah permainan untuk pengajaran subjek perdagangan, rakan-rakan yang bertindak sebagai pelajar juga dilihat menunjukkan minat dalam melaksanakan tugasan yang diberikan guru (pelajar yang melakukan micro teaching) jika menggunakan kaedah permainan berbanding kaedah penerangan semata-mata. Guru perlu kreatif dalam mencipta permainan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran topik supaya objektif pengajaran tercapai dan pelajar mendapat manfaat daripada kaedah permainan yang digunakan oleh guru.
Selain itu semasa kaedah permainan dijalankan di dalam kelas guru dapat meningkatkan interaksi di antara pelajar-pelajar dan kolaborasi akan meningkatkan. Apabila unsur permainan dan persaingan diterapkan , pembelajaran aktif dan interaksi sosial akan berlaku.
Refleksi rakan-rakan luar kumpulan
Melalui hasil temubual dengan rakan berkenaan penggunaan kaedah ini, mereka bersetuju jika kaedah permainan digunakan dalam pengajaran kerana pada pendapat mereka kaedah ini dapat menguji kreativiti pelajar tetapi dalam masa yang sama pelajar dapat belajar dengan seronok dan lebih mengingati topik pembelajaran dengan mudah kerana dapat mengaitkan isi pengajaran dengan permainan yang mereka lakukan.
Jam Tangan
KALENDAR
NAMA-NAMA ALLAH
DETIK WAKTU
Welcome
Blog Archive
-
▼
2009
(18)
-
▼
November
(15)
- AKTIVITI 13: KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN O...
- AKTIVITI 12: PEMURNIAN
- AKTIVITI 11: Jurnal-Masalah dalam Kajian
- AKTIVITI 10: ULASAN BUKU-MENGENAL PASTI MASALAH KA...
- AKTIVITI 9 : MATLAMAT, OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
- AKTIVITI 8
- AKTIVITI 7
- AKTIVITI 6
- TUGASAN 1: ULASAN BUKU
- TUGASAN 4
- MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN
- AKTIVITI 2 - ULASAN JURNAL
- AKTIVITI 1: TUGASAN BUKU 1
- TUGASAN 3: PEMBENTANGAN KOLOKIUM
- PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR
-
▼
November
(15)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment