MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN EMPAT BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM (TAJUK : ZIKRULLAH PENGUBAT HATI) DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD

Pembentang: Mohd Hafiz Bin Hassan dan Mohd Hairol Hafifi Bin Hussin

PERSOALAN KAJIAN

1) Apakah tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?

2) Apakah kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?

3) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?

METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL KAJIAN.

Metodologi

Ianya melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi

Setting kajian

• Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu selama 70 minit.bagi tajuk Zikrullah Pengubat Hati

Sampel kajian

• Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam.

PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN MAKLUMAT

• Pengumpulan data kualitatif dibuat melalui pemerhatian di dalam kelas dan penggunaan instrumen kajian iaitu rakaman video yang telah dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
• Data juga diperoleh dengan penyoalan dan pengesanan.
• Penilaian dibuat dengan membezakan markah peperiksaan petengahan tahun dan akhir tahun.

IMPLIKASI KAJIAN


• Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses P&P yang akan diajar oleh guru selanjutnya.
• Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.
• Pendekatan diubah daripada pengajaran guru yang berkonsep tradisional diganti dengan penggunaan multimedia.
• Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun

APA YANG DAPAT DIPELAJARI

• Kepentingan bahan maujud di dalam P&P
• Kepentingan melibatkan keseluruhan pelajar untuk aktif di dalam kelas
• Untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek ada kaedah tertentu yang sesuai.

0 comments:

Post a Comment