Tajuk Buku:
CURRICULUM ACTION RESEARCH: A HANDBOOK OF METHODS AND RESOURCES FOR THE REFLECTIVE PRACTITIONER (2ND EDITION)

Penulis:
JAMES McKERNAN

Apa yang Di Maksudkan dengan Kajian Tindakan:

Kajian tindakan merupakan satu usaha untuk menjadikan permasalahan sosial mampu difahami untuk meningkatkan kualiti hidup dalam setting sosial. Kajian tindakan telah digunakan dalam industri, pendidikan dan setting tingkah laku komuniti untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi setiap hari yang dilalui. (Clark, 1976; McKernan 1988)

Kajian Tindakan merupakan inkuiri reflektif kendiri secara sistematik oleh pengkaji untuk meningkatkan praktis


Kenapa Guru Melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan untuk meningkatkan kemahiran dan praktis berkaitan kurikulum yang terlibat. Apabila guru menjalankan kajian tindakan, pemahaman guru terhadap sesuatu permasalahan yang timbul menjadi lebih mendalam. Guru yang menjalankan kajian tindakan secara kolaboratif juga dapat menyumbang kepakaran masing-masing sebagai satu kumpulan sepanjang proses dijalankan. Guru melakukan kajian tindakan bagi menelesaikan masalah yang dihadapi setiap hari


Di Mana Guru Melakukan Kajian Tindakan

Guru melakukan kajian tindakan di
1. sekitar kawasan sekolah
2. di dalam kelas


Prosedur Kajian Tindakan
1. mengenal pasti masalah
2. merancang
3. bertindak
4. membuat pemerhatian
5. mereflek


Pengumpulan Data

Pengumpulan data dijalankan secara pemerhatian. Terdapat beberapa teknik berstruktur untuk pemerhatian iaitu, checklist (senarai semak) dan skala. Senarai semak ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kehadiran atau kekurangan sesuatu perkara. Data juga boleh dikumpulkan secara anecdotal record yang bermaksud rekod catatan ringkas sebaik sahaja sesuatu peristiwa itu berlalu. Kaedah Jurnal Dialog turut digunakan iaitu pelajar menulis sesuatu berkenaan pengajaran guru termasuk komen. Selain itu, pengkaji boleh menggunakan fotografi, rakaman dengan menggunakan video, dan rakaman audio atau suara. Pengkaji juga boleh menggunakan kaedah wawancara, maklum balas dan kaji selidik untuk mendapatkan data.


Analisis Data

Proses analisis data dimulakan dengan menyunting data-data yang diperoleh. Analisis data boleh dijalankan secara perbincangan kumpulan. Semasa analisis ini dijalankan, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah perlu memastikan kesemua dokumen dan data-data yang diperoleh. Bagi mengkelasifikasikan dan mengkategorikan data, ia dilakukan dengan mengkodkan data. Ia sesuai untuk data qualitative.

Peringkat kedua dalam analisis data ialah denagn memaparkan data dalam bentuk jadual kekerapan. Hasil daripada jadual kekerapan ini, data yang diperoleh boleh dibangunkan secara lebih sistematik. Terdapt juga software komputer yang boelh digunakan termasuk SPSS.

Akhir sekali ialah membuat kesimpulan berdasarkan hasil analisis yang dibuat.


Etika Kajian Tindakan

1. Semua yang terlibat dalam kajian tindakan yang dibuat mempunyai hak untuk diberi taklimat, diberi nasihat berkenaan dengan kajian.
2. Mesti mendapat kebenaran daripada ibubapa, pentadbiran dan semua yang terlibat.
3. Semua bukti-bukti dokumentari seperti fail, hasil kaji selidik dan sebagainya tidak boleh diperiksa kecuali mendapat kebenaran
4. Syarat-syarat penerbitan hendaklah sentiasa dipatuhi
5. pengkaji bertanggungjawab untuk merekodkan projek dan memastikan ianya berniali untuk peserta dan komuniti yang terlibat
6. Pengkaji adalah bertanggungjawab untuk terhadap komuniti sekolah yang terlibat
7. Pengkaji bertanggungjawab untuk melaporkan perkemabnagan kajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan
8. Kajian mestilah tidak mendatangkan bahaya terhadap mental dan fizikal subjek yang dikaji
9. Pengkaji mempunyai hak untuk melaporkan projek secara telus
10. Pengkaji mempunyai hak untuk meletakkan nama dalam penerbitan hasil daripada projek yang dijalankan.

0 comments:

Post a Comment