Berdasarkan tajuk kajian huraikan kelemahan pengajaran subjek perdagangan dan sains berdasarkan pengalaman/refleksi:


Refleksi Individu

Kaedah permainan yang digunakan oleh guru hanya melibatkan kelompok kecil pelajar sahaja. Jadi ramai pelajar yang hanya menjadi pemerhati. Keadaan ini menyebabkan ramai pelajar hilang tumpuan dan menyukarkan guru untuk mengawal kelas dengan baik. Terdapat juga kaedah permainan yang digunakan oleh guru tidak menarik minat pelajar kerana pelajar sudah terbiasa dengan permainan tersebut dan murid menkadi bosan. Permainan yang tidak sesuai dengan tahap pelajar dan arahan guru yang kurang jelas juga boleh sebabkan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.


Refleksi Kumpulan

Dalam berbincangan bersama ahli kumpulan kelemahan kaedah permainan ini dilihat dari sudut bagaimana guru dapat mengaitkan subjek dengan kaedah permainan yang sesuai. Adalah dikuatiri kaedah ini tidak dapat dikaitkan dan pelajar tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dengan permainan yang dijalankan. Guru perlu adaptasi setiap langkah permainan dengan isi pengajaran.


Refleksi rakan-rakan luar pasukan

Setelah menemubual rakan-rakan lain, mereka berpendapat guru perlu kreatif untuk mengaitkan permainan dengan topik yang hendak diajar supaya pelajar dapat menguasai isi pengajaran. Permainan yang diaplikasikan perlu sesuai dengan tahap umur dan keadaan pelajar (jika berkeperluan khas). Ada sesetengah permainan yang memerlukan tahap pemikiran tinggi untuk menyelesaikan permainan tersebut.





0 comments:

Post a Comment