MENINGKATKAN MINAT PELAJAR MEMBUAT ULANGKAJI DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN 1 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN RODA IMPIAN

Pembentang: Norita binti Mohammed Jidin dan Norhidayu binti Mohd Naim.

Persoalan Kajian:

1. Adakah kaedah permainan Roda Impian dapat meningkatkan minat pelajar terhadap
subjek Sains?
2. Adakah kaedah ini dapat mewujudkan rasa seronok di kalangan pelajar?
3. Adakah kaedah ini dapat memudahkan pelajar memahami subjek Sains?

Metodologi, Setting Kajian, Sampel Kajian

Metodologi:

1. Kaedah menggunakan kaedah Roda Impian melibatkan dua kitaran
2. Prosedur kajian melibatkan perancangan, tindakan, penilaian dan refleksi.

Setting Kajian:

Dibuat pada waktu kelas Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, Negeri Sembilan.

Sampel Kajian:

Melibatkan 31 orang pelajar Tingkatan 1 Arif 2 yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 16 orang perempuan daripada pelbagai kaum.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

1. Pengumpulan data dibuat berdasarkan pemerhatian secara langsung semasa aktiviti dijalankan.

2. Data juga dikumpulkan melalui temubual tidak berstruktur terhadap beberapa orang pelajar terpilh secara rawak.

3. Dibuat terhadap kedua-dua kitaran Roda Impian.

Implikasi Kajian

1. Pelajar lebih berminat mengulang kaji subjek Sains
2. Penglibatan pelajar yang bertambah aktif menjadi penunjuk bahawa pelajar semakin
seronok mempelajari Sains.
3. Hasil temubual yang positif dengan pelajar menunjukkan aktiviti ini dapat
mewujudkan ulangkaji yang berkesan

Perkara yang dapat dipelajari daripada kajian ini

1. Kaedah roda impian dapat digunakan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu subjek.
2. Dapat mempelajari langkah-langkah untuk menjalankan kajian tindakan.

0 comments:

Post a Comment